Monday, May 26, 2014

Pengalaman hidup dengan Gempak!

   Dulu masa zaman sekolah menengah aku rajin baca buku. Surat khabar, buku novel, buku resipi bahkan buku teks sekolah adik aku pun aku bedal baca. Ini mungkin kerana aku bosan sebab dulu tv kat rumah aku takde. Mak aku tak bagi sangat habis masa tgk tv. Maka aku banyak habiskan masa membaca. Antara buku/majalah yang aku suka baca ialah mastika, novel ombak rindu (adik aku punye) dan paling feveret ialah majalah Gempak!.

   So hari nie aku nak bercerita tentang pengalaman hidup aku dengan Gempak nie. Oh majalah gempak... Memang layan baca Gempak nie. Banyak info2 aku minat sangat dalam Gempak! nie antara info pasal game, action figure (biar pun tak pernah beli satu pun), info pasal anime dan sudah tentu lah komik2 menarik yang ditulis oleh pengarang2 di gempak nie. Antara feveret ialah komik bersiri di Gempak! ni ialah 'gengkey, mat gempak, under 18 dan banyak lagi (ayat yang selalu digunakan setelah dah habis contoh hahahaha).

   Macam2 pengalaman aku dengan majalah nie. Macam2 suka dan duka. Bagi aku dulu majalah Gempak! ni adalah sebahagian dari hidup aku. Antara pengalaman suka duka aku time tu dengan Gempak! nie ialah yang pertama bukan senang nak beli Gempak! nie dulu sebab yang time tu aku duk kat Beseri, Perlis. Jauh ke Utara. Bila kuar isu yang baru biasa nye sampai dalam seminggu lewat.

  Pengalaman kedua yang aku nak kongsi ialah masalah nak kumpul duit. Dulu nak beli satu isu Gempak! yang baru rase susah sangat sebab aku time sekolah tu mane ade duit. Harga 3.50 (kalo tak silap) mase tu bagi aku merupakan satu nilai yang agak tinggi. Duit sekolah belanja pun jarang2 dapat (nie sebab mak aku cikgu so aku makan free je la kat sekolah dulu. Bila pergi kantin selalu cakap "nanti Mak saya bayar " hahhahahha). So antara cara yang aku guna untuk collect duit ialah mengenakan caj 50 sen pada adik2 aku kalo nak baca. At least boleh la tampung skit bila nak beli isu yang terbaru. Tapi adik2 aku pun takde duit jugak n selalu curi2 baca Gempak! time aku takde kat rumah. Marah jugak time tu kat adik2 aku sebab yelah dah duit aku keluar sorang2 tapi bila time baca Gempak! jadi barang wakaf pulak. Dah la tak reti jaga elok2 time baca, Tak salah aku dulu Gempak nie keluar sebulan 2 kali.

  Setakat tu jelah pengalaman hidup yang aku nak kongsi kat blog aku yang dah lame tak update nie. Aku akan update lagi pasal majalah/buku lain yang aku suka baca n kesan dia dalam hidup aku next time. Salam jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment