Monday, May 26, 2014

Pengalaman hidup dengan Gempak!

   Dulu masa zaman sekolah menengah aku rajin baca buku. Surat khabar, buku novel, buku resipi bahkan buku teks sekolah adik aku pun aku bedal baca. Ini mungkin kerana aku bosan sebab dulu tv kat rumah aku takde. Mak aku tak bagi sangat habis masa tgk tv. Maka aku banyak habiskan masa membaca. Antara buku/majalah yang aku suka baca ialah mastika, novel ombak rindu (adik aku punye) dan paling feveret ialah majalah Gempak!.

   So hari nie aku nak bercerita tentang pengalaman hidup aku dengan Gempak nie. Oh majalah gempak... Memang layan baca Gempak nie. Banyak info2 aku minat sangat dalam Gempak! nie antara info pasal game, action figure (biar pun tak pernah beli satu pun), info pasal anime dan sudah tentu lah komik2 menarik yang ditulis oleh pengarang2 di gempak nie. Antara feveret ialah komik bersiri di Gempak! ni ialah 'gengkey, mat gempak, under 18 dan banyak lagi (ayat yang selalu digunakan setelah dah habis contoh hahahaha).

   Macam2 pengalaman aku dengan majalah nie. Macam2 suka dan duka. Bagi aku dulu majalah Gempak! ni adalah sebahagian dari hidup aku. Antara pengalaman suka duka aku time tu dengan Gempak! nie ialah yang pertama bukan senang nak beli Gempak! nie dulu sebab yang time tu aku duk kat Beseri, Perlis. Jauh ke Utara. Bila kuar isu yang baru biasa nye sampai dalam seminggu lewat.

  Pengalaman kedua yang aku nak kongsi ialah masalah nak kumpul duit. Dulu nak beli satu isu Gempak! yang baru rase susah sangat sebab aku time sekolah tu mane ade duit. Harga 3.50 (kalo tak silap) mase tu bagi aku merupakan satu nilai yang agak tinggi. Duit sekolah belanja pun jarang2 dapat (nie sebab mak aku cikgu so aku makan free je la kat sekolah dulu. Bila pergi kantin selalu cakap "nanti Mak saya bayar " hahhahahha). So antara cara yang aku guna untuk collect duit ialah mengenakan caj 50 sen pada adik2 aku kalo nak baca. At least boleh la tampung skit bila nak beli isu yang terbaru. Tapi adik2 aku pun takde duit jugak n selalu curi2 baca Gempak! time aku takde kat rumah. Marah jugak time tu kat adik2 aku sebab yelah dah duit aku keluar sorang2 tapi bila time baca Gempak! jadi barang wakaf pulak. Dah la tak reti jaga elok2 time baca, Tak salah aku dulu Gempak nie keluar sebulan 2 kali.

  Setakat tu jelah pengalaman hidup yang aku nak kongsi kat blog aku yang dah lame tak update nie. Aku akan update lagi pasal majalah/buku lain yang aku suka baca n kesan dia dalam hidup aku next time. Salam jumpa lagi.


Thursday, December 20, 2012

Wednesday, December 19, 2012

A OR V OR K?

salam dan yo..

pada hujung minggu yang lalu saya mnghadiri kursus khidmat pelanggan. disana saya diajar mengenai cara yang betul untuk menangani pelanggan. ada satu slot yang amat menarik minat saya iaitu slot AKV.

di dalam slot AKV saya diberitahu bahawa personaliti manusia biasanya tergolong dalam 3 kategori ini.. A untuk auditori K untuk kinestatik manakala V mewakili visual. sebelum mengetahui mengenai personaliti diri ini saya dikehendaki menjawap beberapa soalan n markah dari jawapan yang saya berikan akan dapat mengolongkan saya didalam kategori yang mana...

penceramah memberitahu saya bahawa orang yang berpesonaliti A adalah orang yang gemar berkomunikasi secara lisan. orang A juga gemar berseorangan. orang A juga merupakan pendengar yang bagus tetapi apabila orang A bercakap dia akan mengharap masyarakat sekeliling untuk beri perhatian. yang menariknya orang A gemar melakukan kerja dengan caranya tersendiri mengikut pemahamannya. so untuk berkomunikasi or menyampaikan arahan pada golongan ini sesuai dengan cara lisan n secara bersemuka. dan golongan ini agak tk beberapa gemar dengan golongan berpesonaliti K.

golongan yang berpesonaliti V pula merupakan golongan yang gemar berkomunikasi melalui visual atau dalam bahasa melayunya penglihatan. golongan ini gemar memerhatikan sekeliling n gemar untuk membaca. golongan V juga sesuai sekiranya di beri pekerjaan yang memerlukan penglihatan contohnya menghias kawasan kerana ia memrlukan golongan ini mengingati bentuk n warna sesuatu perkara. golongan ini juga mementingkan pandangan orang terhadap dirinya. sekiranya ingin berkomunikasi or menyampaikan arahan sesuai dengan menyampaikan dalam bentuk tulisan or berkertas kerana akan membaca ayat dengan teliti.

golongan berpersonaliti K pula merupakan golongan yang gemar berkomunikasi secara pergerakan dan gemar dikelilingi oleh orang. golongan ini juga merupakan golongan yang paling banyak di dalam masyarakat kita. golongan berpersonalti K juga sesuai diberi pekerjaan yang memerlukan pergerakan. cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan golongan K ialah dengan cara sentuhan. yakni bercakap dengan menyentuh bahagian badan. bersalam antara contoh yang sesuai.

memahami dan mengetahui personaliti orang sekeliling kita memberikan kita kelebihan dalam memahami n menyampaikan maklumat kepada golongan tertentu. n penceramah juga memaklumkan bahawa personaliti AKV sentiasa berubah mengikut masyarakat sekeliling.

p/s: saya tidak akan memaklumkan personaliti saya kepada para pembaca budiman kerana saya tidak mahu orang tau cara mempengaruhi saya. hahahahahaha....

Tuesday, August 7, 2012

Puasa..

Bulan ramdhan datang lagi....

Monday, July 2, 2012

Pembinaan pasukan..

Pasukan ialah gabungan beberapa individu dalam mengejar sesuatu matlamat.

Bagi setiap organisasi, Wujudnya satu pasukan yang kuat amat didambakan. Oleh itu kebanyakkan organisasi akan melakukan aktiviti pembinaan pasukan bertujuan untuk mengukuhkan organisasi dalam mencapai matlamat organisasi.

Namun begitu, kejayaan sesuatu pasukan amat bergantung kepada sikap dan kefahaman individu terhadap matlamat organisasi. Walau beribu aktiviti pembinaan pasukan dijalankan tetapi tidak wujud sifat penyatuan dalam individu maka semua usaha tersebut adalah Sia-sia..

Oleh yang demikian, setiap individu dalam sesebuah pasukan harus memahami  dan memainkan peranan masing2 dengan jayanya.

Monday, June 25, 2012

Percubaan kedua

Nampaknya percubaan kali pertama dalam mengpost nlog mengunakan galxy note agak kurang lancar.

Apabila mahu mengupload gambar n post terdapat gangguan yang menyebabkan publish gagal..

Ni adalah percubaan kali kedua untuk piblish post mengunakan galaxy note..

gambar dari galery..





Percubaan memblog melalui smartphone

Kali nie saya akan mencuba untuk mempost something melalui smartphone terbaru saya iaitu galaxy note n7000.

Dengan mendownload applikasi bloggr di play store, saya dapat mengaksess blog saya dengan cepat..

Sekarang nie saya akan cuba untuk mengupload gmbar...

Percubaan pertama...