salam dan yo.........
Sekarang nie aku tgh melayari sesawang untuk lebih mengenali apakah itu blog. Mula seperti biasa di tuakr tiub, takde ape yang menarik. Kemudian ke blog hilang punca pula. Macam biasa cerita pasal tgk konsert selepas demo hari sabtu. Lepas tu tekan kat butang tepi untuk tgk ape si penulis aka pipiyapong nie punye profile dan selepas tu ker blog sinaganaga pula. Cerita boleh tahan gak.
Selepas tu mula lar aktiviti aku melawati blog2 yang dikunjungi oleh sinaganaga and pipiyapong. Baru aku tau rupe2nye ada banyak bile blog yang menarik dan sesuai ngan citarasa aku. antaranya semut, sembang kencang dan banyak lagi lar. Skang nie tgh membaca post2 lame hasil nukilan firdaus samad di blog sembang kencang. tergelak sorang jugak aku di buat nye.
nampak selepas nie byk la aktiviti aku ketika mengunakan broaddand abg aku nie. Takde lar asik tgk 5 ke 6 laman web jer. Memang respek lar aku kat bloger2 yang lain tu. rajin memupload tulisan2 seni diaorang. Yang peliknye tak habis idea plak depa nie. Harap2 dengan pembacaan berhemah nie dapat lar aku memiprove bahasa pasar aku ker tahap supermarket plak.
salam dan chiao.
p/s: patut lar kerajaan nak sangat pantau blogger2 nie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment