Monday, August 3, 2009

jelajah blog

salam dan yo.........

Sekarang nie aku tgh melayari sesawang untuk lebih mengenali apakah itu blog. Mula seperti biasa di tuakr tiub, takde ape yang menarik. Kemudian ke blog hilang punca pula. Macam biasa cerita pasal tgk konsert selepas demo hari sabtu. Lepas tu tekan kat butang tepi untuk tgk ape si penulis aka pipiyapong nie punye profile dan selepas tu ker blog sinaganaga pula. Cerita boleh tahan gak.

Selepas tu mula lar aktiviti aku melawati blog2 yang dikunjungi oleh sinaganaga and pipiyapong. Baru aku tau rupe2nye ada banyak bile blog yang menarik dan sesuai ngan citarasa aku. antaranya semut, sembang kencang dan banyak lagi lar. Skang nie tgh membaca post2 lame hasil nukilan firdaus samad di blog sembang kencang. tergelak sorang jugak aku di buat nye.

nampak selepas nie byk la aktiviti aku ketika mengunakan broaddand abg aku nie. Takde lar asik tgk 5 ke 6 laman web jer. Memang respek lar aku kat bloger2 yang lain tu. rajin memupload tulisan2 seni diaorang. Yang peliknye tak habis idea plak depa nie. Harap2 dengan pembacaan berhemah nie dapat lar aku memiprove bahasa pasar aku ker tahap supermarket plak.

salam dan chiao.

p/s: patut lar kerajaan nak sangat pantau blogger2 nie.

Sunday, August 2, 2009

Bayar Hutang

salam dan yo........

semalam aku keluar ngan mak aku naik kereta mewah pegi ipoh. tujuannye ialan untuk menjelaskan hutang yangtertunggak semasa blaja dulu. skang nie nak belajar pun pakai duit yang banyak. susah betul nak jadi rakyat yang berpelajaran nie.

so bile dah sampai dibank Islam, setelah memparking kereta mewah, terusku pergi menunaikan tanggungjawab pada mesin atm tu. sebelum masuk bank ade aku perasan 2 orang minah ngan seorang bai berkopiah tunggu kat luar bank sambil memegang pamplet. ada gak seorang brader duduk di kerusi di meja kat luar bank. bile dah selesai masuk duit keluar dari bank jer terus minah pamplet serbu n cakap kat aku :

"bang boleh tunggu sekejap tak?"

"ya kenape? saya nak cepat nie adahal lain nak buat" kate aku ingin mengelak sebab baru lepas keluar duit, takkan nak keluar lagi.

"ala sekejap jer bang dalam duit minit jer bang. kita orang dari persatuan *********** nak bagi penerangan pasal sakit ********* nie bang. penah dgr pasal persatuan ********* malaysia?" explain minah tu cuba menarik perhatian.

"ntah lar tak penah dengar pun" balas aku acuh tak acuh.

"tak penah dengar?" kate minah tu selambe.

eh minah nie nak perli aku ke ape nie?

"sori lar kak saye betul2 ade kerja nie. nak cepat nie." terus aku berlalu dengan berpura2 cepat nye ke kereta mewah mak aku meningggal kan minah yang baru menjelaskan pasal persatuan ****** yang kononnye selama 2 minit tu. dalam hati mminah tu mesti dah mengutuk aku dengan gelaran anak orang kaya yang sombong. huhuhuuhu aku peduli ape.

takpe kat rumah aku leh search kat internat pasal persatuan *************** malaysia nie.
tapi tak seacrh2 lagi.

adios dan chiao

bayar hutang

Monday, July 27, 2009

cerita kuih

salam dan yo.....

dalam seminggu nie kebelakang ni ada pulak kerja aku nak kene wat. tetiba kene plak wat kuih raya. kalo senang macam goreng telur takpe jugak nie nak wat punye lar susah. dekat 5 jam duk kat dapur tak pegi memane semata2 naksiapkan kuih raya nie. gile penat. tapi duit punye psal takpe lar. as least leh dapat dalam rm 12o. huhuuhu. kaya den.

minggu depan nie plak tak tau nak wat ape. so kembalio kepada asal la gamaknye yer. makan tido makan tido lar. nak wat macam mane. nak kerje kene tunggu spa nye jawapan. bila dah dapat jawapan kate dalam calon menunggu. setahun plak tu. memang sampai setahun lar aku menunggu gamaknye. hahahahhaha....

nak wat kuih balik..
salam and ciao

Saturday, July 25, 2009

first time blogging

salam and yo....

ini kali pertama aku bloging nie..
ade beberape sebab aku mula start membloging nie.

1st. kerana terpengaruh ngan blog2 popular macam hilang punca, tukar tiub dan lain2. mane tau kot2 aku popular gak macam depa.. huhuhuhhuhu...

2nd. untuk aku cerita segala2 dalam hati aku.. kawan takde. sume duk jauh2.. girlfriend lagi lar..

3rd. untuk berkongsi segala makluamt or cerita yang aku dengar...

so harap lepas nie aku rajin lar membuka blog nie balik menulis bahan lain..

adios. and salam