
Thursday, December 20, 2012
Wednesday, December 19, 2012
A OR V OR K?
salam dan yo..
pada hujung minggu yang lalu saya mnghadiri kursus khidmat pelanggan. disana saya diajar mengenai cara yang betul untuk menangani pelanggan. ada satu slot yang amat menarik minat saya iaitu slot AKV.
di dalam slot AKV saya diberitahu bahawa personaliti manusia biasanya tergolong dalam 3 kategori ini.. A untuk auditori K untuk kinestatik manakala V mewakili visual. sebelum mengetahui mengenai personaliti diri ini saya dikehendaki menjawap beberapa soalan n markah dari jawapan yang saya berikan akan dapat mengolongkan saya didalam kategori yang mana...
penceramah memberitahu saya bahawa orang yang berpesonaliti A adalah orang yang gemar berkomunikasi secara lisan. orang A juga gemar berseorangan. orang A juga merupakan pendengar yang bagus tetapi apabila orang A bercakap dia akan mengharap masyarakat sekeliling untuk beri perhatian. yang menariknya orang A gemar melakukan kerja dengan caranya tersendiri mengikut pemahamannya. so untuk berkomunikasi or menyampaikan arahan pada golongan ini sesuai dengan cara lisan n secara bersemuka. dan golongan ini agak tk beberapa gemar dengan golongan berpesonaliti K.
golongan yang berpesonaliti V pula merupakan golongan yang gemar berkomunikasi melalui visual atau dalam bahasa melayunya penglihatan. golongan ini gemar memerhatikan sekeliling n gemar untuk membaca. golongan V juga sesuai sekiranya di beri pekerjaan yang memerlukan penglihatan contohnya menghias kawasan kerana ia memrlukan golongan ini mengingati bentuk n warna sesuatu perkara. golongan ini juga mementingkan pandangan orang terhadap dirinya. sekiranya ingin berkomunikasi or menyampaikan arahan sesuai dengan menyampaikan dalam bentuk tulisan or berkertas kerana akan membaca ayat dengan teliti.
golongan berpersonaliti K pula merupakan golongan yang gemar berkomunikasi secara pergerakan dan gemar dikelilingi oleh orang. golongan ini juga merupakan golongan yang paling banyak di dalam masyarakat kita. golongan berpersonalti K juga sesuai diberi pekerjaan yang memerlukan pergerakan. cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan golongan K ialah dengan cara sentuhan. yakni bercakap dengan menyentuh bahagian badan. bersalam antara contoh yang sesuai.
memahami dan mengetahui personaliti orang sekeliling kita memberikan kita kelebihan dalam memahami n menyampaikan maklumat kepada golongan tertentu. n penceramah juga memaklumkan bahawa personaliti AKV sentiasa berubah mengikut masyarakat sekeliling.
p/s: saya tidak akan memaklumkan personaliti saya kepada para pembaca budiman kerana saya tidak mahu orang tau cara mempengaruhi saya. hahahahahaha....
