Monday, August 3, 2009

jelajah blog

salam dan yo.........

Sekarang nie aku tgh melayari sesawang untuk lebih mengenali apakah itu blog. Mula seperti biasa di tuakr tiub, takde ape yang menarik. Kemudian ke blog hilang punca pula. Macam biasa cerita pasal tgk konsert selepas demo hari sabtu. Lepas tu tekan kat butang tepi untuk tgk ape si penulis aka pipiyapong nie punye profile dan selepas tu ker blog sinaganaga pula. Cerita boleh tahan gak.

Selepas tu mula lar aktiviti aku melawati blog2 yang dikunjungi oleh sinaganaga and pipiyapong. Baru aku tau rupe2nye ada banyak bile blog yang menarik dan sesuai ngan citarasa aku. antaranya semut, sembang kencang dan banyak lagi lar. Skang nie tgh membaca post2 lame hasil nukilan firdaus samad di blog sembang kencang. tergelak sorang jugak aku di buat nye.

nampak selepas nie byk la aktiviti aku ketika mengunakan broaddand abg aku nie. Takde lar asik tgk 5 ke 6 laman web jer. Memang respek lar aku kat bloger2 yang lain tu. rajin memupload tulisan2 seni diaorang. Yang peliknye tak habis idea plak depa nie. Harap2 dengan pembacaan berhemah nie dapat lar aku memiprove bahasa pasar aku ker tahap supermarket plak.

salam dan chiao.

p/s: patut lar kerajaan nak sangat pantau blogger2 nie.

Sunday, August 2, 2009

Bayar Hutang

salam dan yo........

semalam aku keluar ngan mak aku naik kereta mewah pegi ipoh. tujuannye ialan untuk menjelaskan hutang yangtertunggak semasa blaja dulu. skang nie nak belajar pun pakai duit yang banyak. susah betul nak jadi rakyat yang berpelajaran nie.

so bile dah sampai dibank Islam, setelah memparking kereta mewah, terusku pergi menunaikan tanggungjawab pada mesin atm tu. sebelum masuk bank ade aku perasan 2 orang minah ngan seorang bai berkopiah tunggu kat luar bank sambil memegang pamplet. ada gak seorang brader duduk di kerusi di meja kat luar bank. bile dah selesai masuk duit keluar dari bank jer terus minah pamplet serbu n cakap kat aku :

"bang boleh tunggu sekejap tak?"

"ya kenape? saya nak cepat nie adahal lain nak buat" kate aku ingin mengelak sebab baru lepas keluar duit, takkan nak keluar lagi.

"ala sekejap jer bang dalam duit minit jer bang. kita orang dari persatuan *********** nak bagi penerangan pasal sakit ********* nie bang. penah dgr pasal persatuan ********* malaysia?" explain minah tu cuba menarik perhatian.

"ntah lar tak penah dengar pun" balas aku acuh tak acuh.

"tak penah dengar?" kate minah tu selambe.

eh minah nie nak perli aku ke ape nie?

"sori lar kak saye betul2 ade kerja nie. nak cepat nie." terus aku berlalu dengan berpura2 cepat nye ke kereta mewah mak aku meningggal kan minah yang baru menjelaskan pasal persatuan ****** yang kononnye selama 2 minit tu. dalam hati mminah tu mesti dah mengutuk aku dengan gelaran anak orang kaya yang sombong. huhuhuuhu aku peduli ape.

takpe kat rumah aku leh search kat internat pasal persatuan *************** malaysia nie.
tapi tak seacrh2 lagi.

adios dan chiao

bayar hutang